JEMPUT MASUK

JEMPUT MASUK

ANDA PELAWAT KE......

Loading...

SCIENCE DICTIONARY

  • http://visual.merriam-webster.com/tools_blog-tools.php

Wednesday, November 11, 2009

Thursday, March 19, 2009

RUANGAN INOVASI

Kereta terbang lulus ujian


KERETA terbang ini menjalani ujian penerbangan di Lapangan Terbang Plattsburg, New York.



NEW YORK - Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.

Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.

Dia mengendalikan kereta terbang itu di Lapangan Terbang Plattsburg, New York.

"Kereta ini terbang seperti sebuah kapal terbang."

Pembuat kereta terbang itu, syarikat Terrafugia dari Woburn, Massachusetts menyatakan ia akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terrafugia, Carl Dietrich berkata: "Kejayaan itu akan mengubah pergerakan peribadi di dunia."

Kereta sepanjang 5.79 meter itu berharga AS$182,405.31 (RM664,145). - Agensi



MAKA KITA DI MALAYSIA PUN BOLEH MENCIPTA. KONSEP DQAN PRINSIP FIZIK DIPATUHI , MAKA LAHIRLAH KENDERAAN 2 DALAM SATU INI.

Wednesday, December 24, 2008

BENGKEL NANOSAINS DAN NANOTECHNOLOGI UNTUK GURU MENENGAH ATAS


PADA 17-19 DISEMBER, GURU-GURU FIZIK,KIMIA DAN BIOLOGI DARI SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI BENGKEL NANO SAINS DAN NANO TEKNOLOGI. GURU-GURU MRSM JUGA DIJEMPUT BERSAMA. MAKA BERKUMPULLAH KAMI DI COUNTRY HEIGHT RESORT KAJANG SELAMA 2 HARI.



FUYOOOO...SEJUKNYA........TAPI MALULA NAK MANDI KAT SINI....TAKUT KENA SKODENG.TAK PASAL-PASAL KELUAR KAT MAJALAH....TAK RELA...SO MANDI DLM VILLA JE.


TEMPAT KAMI MENGINAP. KALAU LA DAPAT SATU......SIAPA LE YANG NAK HADIAHKAN


INGATKAN TEMPAT KAMI NAK TIDO....

BENGKEL TERSEBUT MEMBERIKAN PENDEDAHAN KEPADA GURU TENTANG BAGAIMANA DUNIA BARU INI WUJUD. SEBELUM INI SELALU MENDENGAR 'DUNIA MIKRO", KINI AKAN MENJELAJAHI DUNIA YANG LEBIH KECIL 'NANO WORLD'. DUNIA SEBESAR 1/BILION ATAU 1/1,000,000,000 KALI KECIL DARIPADA SEHELAI RAMBUT!!!!!


UCAP UTAMA OLEF PROF

Thursday, December 4, 2008

FIZIK DAN KEHIDUPAN HARIAN

Fizik air mata


KAJIAN mendapati air mata boleh berada di bahagian tengah mata.


BANYAK yang boleh berubah dengan hanya satu kerlipan mata. Bahkan, seluruh lapisan permukaan mata anda berubah setiap kali anda mengerlip mata.

Dalam kira-kira suku saat, cecair mata merembes mata. Ia akan menyapu permukaan lalu meninggalkan lapisan baru yang nipis, sementara selebihnya dialirkan. Walaupun sistem ini mungkin kedengaran mudah, secara fizik, ia agak rumit. Saintis kini menggunakan model komputer matematik untuk cuba memahami bagaimana cecair bergerak di dalam mata dan menjadi air mata.

"Alasan mengapa kami berminat untuk mengkaji ini ialah kerana ia merupakan sistem yang sangat dinamik," kata Kara Maki pengkaji dari University of Delaware, Amerika Syarikat. "Jika kita boleh memahami dan memperoleh intipati mengenai filem air mata dinamik, kita mungkin boleh mengetahui rawatan yang lebih baik untuk mata yang kering.

Maki dan penasihatnya, Richard Braun, baru-baru ini telah menggunakan model komputer dan menemukan bahawa air mata boleh berada di tengah mata, tidak hanya sekadar bergenang di kelopak mata, seperti tanggapan terdahulu kebanyakan pakar.

Lapisan permukaan mata kebanyakannya diperbuat daripada air serta berguna untuk memelihara mata daripada debu dan bahan cemar dalam udara. Biasanya, filem ini tersimpan pada paras yang stabil secara relatif, dengan cecair air mata yang baru ditumpahkan dari kelenjar pada kelopak mata berdekatan dengan pelipis mata, sementara cecair yang berlebihan mengalir ke dalam hidung. Apabila kita mengerlip mata, lapisan ini kembali terisi.

"Setiap kali anda mengerlip mata, ia seperti berus lukisan yang menggerakkan cecair ini ke sekitar lalu membentuk lapisan cecair seperti salutan cat pada dinding," kata Braun kepada LiveScience.

Tetapi, apabila kita berasa sangat sedih, sejuk atau menghiris bawang, sebagai contoh, terlalu banyak cecair akan membanjiri mata bagi menangani tekanan permukaan dan menitis keluar dalam bentuk titisan air mata. Kebanyakan pakar menjangka, air mata ini kekal berada di tepi mata di mana filem air matanya lebih tebal.

Dengan membina sebuah model yang mengambil kira tentang efek kelikatan, tekanan permukaan dan graviti, pengkaji mendapati sesetengah air mata kurang bergerak dan ada yang bergerak menerusi bahagian tengah mata.

"Kebanyakan orang fikir perkara ini berkaitan dengan halangan, yang mana air mata tidak dapat melintasi pertengahan mata," kata Braun.

Beliau juga mendapati jika terdapat cecair yang mencukupi di mata, air mata boleh melintasi bahagian tengah mata, berbanding hanya menetap di tepi mata. Ia sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Penemuan tersebut kelihatan selari dengan observasi dari Kolej Optometri Ohio State University mengenai seorang lelaki yang membiarkan matanya dibuka selama enam minit. Bagaimanapun, pengkaji mahu menjalankan lebih banyak uji kaji untuk mengesahkan penemuan mereka.

(KOSMO 4 DISEMBER 2008 )

Saturday, November 22, 2008

meteor jatuh

Gempar meteor jatuh


EMPAT keping gambar ini menunjukkan rakaman meteor jatuh ke Bumi sebelum meletup dan mengeluarkan cahaya cerah di Edmonton, Kanada Khamis lalu.


EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya.

Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman.

Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton.

Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah Bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.

Beberapa pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta.

Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter. – Agensi

(kosmo 23 November 2008)

FENOMENA YANG JARANG BERLALU.KITA BERSYUKUR KERANA MALAYSIA BUKAN LALUAN BAGI PENGEMBARAAN OBJEK ANGKASA.